Cincin Di Anu Punya Hal

PADAH memakai cincin pada kemaluannya, lelaki warga Indonesia bukan sahaja terpaksa menahan malu, malah menanggung kesakitan selepas alat sulitnya itu membengkak, dalam kejadian petang semalam. Lelaki berusia 30-an itu dibawa ke Hospital Melaka, di sini, selepas tidak dapat membuang air kecil.

Difahamkan, semasa kejadian dia berada dalam tahanan polis di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Penolong Penguasa Bomba Kamarulzaman Mohd Din, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.26 petang sebelum tiga anggota dan dua pegawai bergegas ke hospital.

Beliau berkata, pihak hospital terpaksa menghubungi bomba kerana mengalami kesukaran mengeluarkan cincin di kemaluan lelaki itu kerana sudah membengkak.

“Pemeriksaan dilakukan mendapati terdapat dua bentuk cincin pada kemaluannya dan diberitahu dia sudah memakainya lima hari.

“Disebabkan alat sulitnya itu sudah membengkak, kerja memotong cincin dilakukan berhati-hati bagi mengelakkan ia cedera atau terluka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kamarulzaman berkata, kerja mengeluar dan memotong cincin mengambil masa selama 15 minit menggunakan peralatan khas ‘rescue ring cutter’.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.