Cendol Durian Padu Ultrazcafe

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Untuk pembaca setia www.orangmelaka.com kali ini penulis ingin memperkenalkan kepada anda sebuah gerai cendol yang berasaskan durian dengan pelbagi gred yang pertama di Melaka ini. Terletak berhampiran lebuh raya AMJ, Ulrazcafe beroperasi di Warung Satey Haji Ibrahim Semabok.

u1

Pengusahnya Sarinah Binti Samad berkata pelbagai jenis gred durian yang digunakan bagi menampung permintaan pelangganya, dari durian kampung sehinggalah durian D27. Antara hidangan cendol durian yang mendapat permintaan yang tinggi ialah Cendol Durian Gred IOI, Cendol Isi Durian, Cendol Durian Crepe, Aiskrim Durian D27 dan Pelbagai jenis hidangan lain. Warung cendol ini menjadi persinggahan bagi pelancong yang berkunjung ke negeri Melaka dan tidak di nafikan bahawasanya ada pengemar raja durian dari Singapura, sanggup ke warung ultrazcafe hanya kerana ingin menikmati cendol durian yang ada di warung ini.

u2

Harga yang berpatutan dengan rasanya yang cukup sempurna membuatkan gerai ini tidak putus-putus menerima kunjungan pelanggan. Bagi pemilik warung ultrazcafe Sarinah Samad, beliau cuba memastikan stok durian mencukupi bagi menampung permintaan pelanggan. Dan yang pastinya walupun bukan musim durian, hidangan cendol durian masih lagi boleh didapati di warung ini. Warung ini beroperasi pada hari Khamis sehingga Selasa, dari jam 12 tengah hari sehingga 6 petang dan cuti umum.

u3

Peniagaan yang telah diusahakan selama hampir 7 tahun ini bermula dengan hanya menjual durian crepe, kini bersedia menerima tempahan bagi kenduri kahwin dan majlis keramaian. Dan kini tarikan terbaru warung ultrazcafe ini ialah Ais Kepal Milo yang telah mencetuskan fenomina baru di negeri Melaka ini, sehinggakan tular di media sosial. bagi anda yang ingin mencuba hidangan cendol durian ini boleh berkunjung ke warung Ultrazcafe.

u4

Warung : Ultrazcafe

Waktu operasi : 12pm – 6pm

Hari: Khamis – Selasa

No tel: 0136435188 (Pn.Sarinah Samad)

Gps/Wase: https://maps.google.com/?cid=17022123452293168306&hl=en&gl=gb

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.