Bukan Mudah Mengecal

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Perkataan ‘mengecal’ pastinya jarang didengari atau sangat jauh daripada pemahaman segelintir masyarakat. Bagaimanapun, mengecal atau menangkap ikan menggunakan tangan amat sinonim dengan penduduk-penduduk kampung kerana ia salah satu aktiviti mereka yang popular suatu masa dahulu.

Peserta Program Jom Kubang Rim 2018, Maarif Abd Rahman, 65, berkata, aktiviti mengecal yang disusun diharapkan dapat membuka mata generasi muda mengenai kewujudannya.

Menurutnya, mengecal sangat jarang atau tidak langsung dilakukan pada zaman kini memandangkan ia dianggap tidak relevan lagi.

“Sepatutnya aktiviti kampung ini perlu dimartabatkan supaya anak-anak sekarang tahu aktiviti yang pernah menjadi kebanggaan ibu bapa atau datuk nenek mereka.

“Lagipun mengecal ini menguatkan lagi silaturahim sesebuah kampung itu kerana kita turun ke sungai beramai-ramai bila air surut.

“Memang menyeronokkan kerana masing-masing berlumba-lumba untuk menangkap ikan menggunakan tangan. Bagi yang sudah biasa memang senang tapi kalau jarang turun ke sungai ia agak mencabar,” katanya.

Bagi Shaqeir Mohd Rahim, 18, walaupun hidup dalam era moden, mengecal bukanlah sesuatu yang baharu baginya.

“Saya dah terbiasa dengan aktiviti ini sebab duduk di kampung. Lagipun, ada sahaja saudara-mara dan kawan-kawan yang gemar mengecal.

“Secara tidak langsung saya dan rakan-rakan akan turut serta lebih-lebih lagi ketika air sungai surut.

“Tetapi cabarannya tetap ada, susah juga nak mengecal walaupun sudah selalu. Adakala ikan terlepas kerana kita tangkap hanya menggunakan tangan,” katanya.

Begitu juga bagi Asyraf Jamaludin, 22, mengecal menjadi hobi kepadanya yang menetap di kampung.

“Mengecal memang dah jadi salah satu aktiviti wajib saya. Biasanya kalau nak tangkap ikan, kita kena peka bila ikan itu langgar badan.

“Bila dah kena, cepat-cepatlah tangkap, tapi risau juga sebab kita tak tahu ikan apa yang ditangkap dan sengatnya membahayakan kita,” katanya.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.