Beri Perkhidmatan Percuma Setiap Pagi Jumaat

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Seorang mekanik kereta di Kampung Gangsa, di sini, mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan percuma menukar minyak pelincir enjin kenderaan pada setiap hari Jumaat.

Bengkel kereta yang dinamakan ‘Makhdad Workshop’ dan telah beroperasi sejak tahun 2005, di depan Masjid Ihsanuddin Gangsa, memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan perkhidmatan tersebut bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Shikh Mohd Makhdad Harun,45, berkata, pelanggan hanya perlu datang membawa minyak pelincir enjin masing-masing dan pihaknya akan membantu melakukan kerja penukaran minyak itu tanpa mengenakan sebarang caj upah.

“Apa yang saya lakukan ini bukan hanya membantu pelanggan menjimatkan kos penyelenggaran kereta sebanyak RM40 hingga RM50, dalam masa sama dapat melakukan kebajikan dengan menyalurkan wang upah tersebut ke tabung Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Taman Asean 2, Malim bagi menambahkan kemudahan fasiliti sekolah itu.

“Wang upah saya tak letakkan berapa nilainya, terpulang kepada keikhlasan hati pelanggan dan jika pelanggan tak beri saya tak marah sebab memang saya berikan perkhidmatan percuma, namun kebanyakan mereka akan beri juga wang untuk bantu saya penuhkan wang tabung tersebut demi keselesaan anak-anak di sekolah itu,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.