Bendera Union Jack Diturunkan Di Melaka

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Pada hari ini dalam tahun 1957, upacara menurunkan bendera Union Jack iaitu bendera negara United Kingdom berlangsung di Padang Bandar Hilir, Melaka tepat jam 6.30 petang. Penurunan bendera ini dilakukan lebih awal dari tempoh berakhirnya pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu yang sepatutnya bermula pada tengah malam.
<--more--!>

Upacara ini turut disaksikan oleh Resident Commissioner pihak British di Melaka, Mr. H.G. Hammett bersama-sama ribuan penduduk tempatan. Bendera yang menjadi keagungan dan kedaulatan Baginda Ratu itu diturunkan oleh dua orang anak kapal perang, H.M.S. Saint Brides Ray yang kemudiannya menyerahkan bendera tersebut kepada Mr. H.G. Hammett

Penyerahan bendera Union Jack kepada Mr. H.G. Hammett itu melambangkan berakhirnya penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Turunnya bendera Union Jack pada hari ini bermakna lenyaplah kibaran bendera itu daripada menaungi Tanah Melayu dan menjadikan Tanah Melayu sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta lepas bebas daripada rantaian belenggu penjajah yang telah mengikat bangsa kita selama ratusan tahun

Kredit sumber: Arkib Negara Malaysia

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.