Asal Usul Nama Klebang

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Klebang merupakan sebahagian Melaka Tengah yang berkedudukan di tengah antara Bandar Melaka dan juga Sungai Udang. Klebang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, Klebang Besar dan juga Klebang Kecil. Klebang Besar merupakan kawasan klebang yang mempunyai Pantai Klebang, mengunjur sehingga ke kawasan Balik Buloh, Klebang Kecil pula bermula dari kawasan Pokok Mangga sehingga ke Masjid Klebang Besar.

klebang1

Klebang besar mempunyai beberapa kawasan kampung antaranya Pulau Gadong, Kampung Permatang, Balik Buloh yang menganjur sehingga ke arah Bertam Perdana, Cheng.Jalan Pulau Gadong merupakan laluan utama kenderaan dari sungai Udang untuk ke Bandarraya Melaka melalui Lebuh AMJ (Alor Gajah- Melaka- Jasin).

klebang2

Selepas kerjaan negeri melaka dibawah kepimpinan Ybg Datuk Ali Rustam melakukan plan pembanggunan bagi kawasan ini yang melakukan kerja-kerja penambakan laut. Kini kawasan ini merupakan,kawasan tumpuan bagi pelancong dari dalam dan luar negeri. Bukan itu sahaja kini kawasan ini dilimpahi dengan pembanggunan yang rancak, sekaligus meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.

klebang3

Mengikut sejarah dari kalangan orang tua di Klebang, nama Klebang diilhamkan oleh penduduk kawasan ini yang ketika itu ada beberapa pedagang India Muslim yang datang berdagang, lalu mereka berhenti solat di sebuah masjid di kawasan ini, sampai masuk waktu untuk bersolat, lalu pedagang tersebut melaungkan azan di masjid tersebut. Lalu orang kampung di sini memanggil kawasan ini “keling bang(azan)” dan akhirnya nama Klebang pun akhirnya tercipta.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.