Asal Usul Nama Bemban Dan Sejarah Silamnya

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Kampung Bemban telah di buka pada tahun 1400 Masihi. Kampung ini mengikuti sejarah adalah kawasan yang menjadi laluan bagi peniaga – peniaga yang mengikut pesisiran sungai dan laluan darat yang menjual hasil dari selatan Melaka ke Jasin dan Tangkak seta Muar. Di kampung ini juga adalah menjadi tempat persinggahan peniaga – peniaga untuk beristirehat. Di samping itu juga kawasan kampung ini banyak terdapat pokok bemban yang terdiri daripada spesis rotan yang di jadikan ikatan atap. Pada ketika itu penduduk setempat adalah terdiri daripada petani dan pembuat rumah. Dari tahun ketahun kawasan ini telah di jadikan satu pertempatan penduduk yang singgah dan menjadikan kawasan ini tempat perkampungan.

bemban1

Pada tahun seterusnya iaitu lingkungan tahun 1408 terdapat empat ORANG PENDEKAR Bugis telah hadir ke kawasan ini untuk menjual hasil dagangannya. Dengan terdapatnya banyak pokok bemban yang menjadi mata pencarian oleh penduduk tempatan, empat sahabat ini telah menamakan kawasan ini dengan nama kampung Bemban yang mana, nama tersebut kekal sehingga sekarang. Terdapat juga sehingga kini tanah – tanah perkuburan lama masih kekal sehingga ke hari ini.

bemban2

Kampung Bemban kedudukannya dari Bandar Melaka sejauh 23 kilometer, dari Bandar Jasin 12 KM dari susur keluar Ayer Keroh sejauh 14 KM. Penduduknya terdiri daripada tiga bangsa yang besar dalam Negara iaitu Melayu , Cina , India . Terdapat juga kaum Portugis di kampung Bemban ini.

bemban2

Kampung Bemban ini juga asalnya di bawah tadbir JKKK Ayer Panas. Pada tahun 1996 dengan pertambahan penduduk yang pesat atas pembangunan taman – taman perumahan, pemimpin masyarakat telah mencadangkan untuk mewujudkan JKKK Bemban seterusnya pihak kerajaan telah memberi persetujuan dan kelulusan. Oleh itu JKKK Bemban telah ditadbir oleh JKKK Bemban yang ada sekarang.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.