Anak Pukul Bapa Kerana Di Tegur

Seorang pencuci kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan bapanya menggunakan periuk elektrik dan mengugut bunuh kerana tidak berpuas hati ditegur menonton YouTube menggunakan telefon, Disember lalu.

Muhamad Zahidin Ibrahim, 26, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Lee Kim Keat. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan Ibrahim Bachik, 54, menggunakan periuk nasi elektrik di sebuah rumah di Bukit Katil, kira-kira jam 10 malam, pada 23 Disember 2017.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Bagi pertuduhan kedua, Muhamad Zahidin didakwa menakutkan mangsa secara jenayah dengan berkata: “Aku jumpa kau dekat mana-mana, aku bunuh kau dan aku boleh bubuh (letak) dadah dalam badan kau”, di tempat, waktu dan tarikh yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. Mengikut fakta kes, tertuduh berang selepas berlaku pertengkaran dengan bapanya yang menegurnya memasang video YouTube menerusi telefon bimbit dengan bunyi terlalu kuat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. Mahkamah menetapkan 4 April depan bagi sebutan semula kes. Tertuduh dihantar ke penjara kerana gagal membayar jaminan RM4,000.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.