Anak Melaka Menggegar Seni Perfileman Negara

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Hussein Abu Hassan dilahirkan di Alor Gajah, Melaka pada 5 Mei 1937. Anak kelahiran Kampung Pulau Sebang, Alor Gajah , Melaka ini sejak kecil lagi telah dibawa oleh keluarganya berhijrah ke Singapura. Sebelum begelar anak seni, Hussein Abu Hassan murupakan seorang pegawai Polis. Semasa menganggotai pasukan pPlis, Hussein Abu Hassan mencipta nama sebagai peninju dan pernah mewakili pasukan polis di kejohanan tinju di Australia. Allahyarham seorang peninju yang hebat dan hanya beberapa kali sahaja kalah dalam pertarunganya.

HUSSIN1

Hussein Abu Hassan adalah antara bintang yang dilahirkan oleh Merdeka Film Productions (MFP) kemudian melangsungkan kerjaya lakonan di Studio Merdeka di Kuala Lumpur. Minat beliau berputik dalam perfileman, apabila Merdeka Film Productions dibuka pada 1961 di Hulu Kelang. Beliau mula menceburi bidang lakonan sebagai pelakon tambahan dalam filem Sri Mersing pada 1961 diikuti Tun Teja, Fajar Menyingsing, Air Mata Duyung, Siti Payung, Panglima Besi, Amok Tok Nading, Laksamana Do Re Mi dan Loceng Maut.

HUSSIN2

Ilmu seni mempertahankan diri dan seni tinju antara kelebihan Hussein Abu Hassan dalam filem-filem yang bercorak persilatan dan pertarungan. Langkahnya tidak sumbang, adegan pertarungan yang melihatkan Hussein kelihatan realistik dan seni pertarungan yang diperlihatkan begitu cantik kalau dibandingkan dengan seni pertarungan filem- filem di Jalan Ampas. Di Studio Merdeka, Hussein Abu Hassan adalah sebaris dengan pelakon-pelakon yang kaya seni pertarungannya seperti Dali Siliwangi, Ed Osmera, Tamam Idris, Latiff Borgiba dan Shamsi Said.

HUSSIN3

Pelakon yang terkenal, dengan wataknya sebagai Menteri Pasola di dalam filem Laksamana Do Re Mi ini juga, pernah membintangi beberapa filem luar negara, seperti Hong Kong, Indonesia, Australia dan Amerika Syarikat. Allahyarham pernah berkerja dengan pengarah Lewis Gilbert dari Hollywood yang menjalani penggambaran filem The Seventh Down di Singapura tahun 1963.

HUSSIN4

Dalam bidang pengarahan, Allahyarham memulakan dengan filem arahan pertamanya, Bunga Padi Berdaun Lalang, Panglima Badul, Senja Merah, dan Kanta Serigala. Filem Gila Gila Remaja pada tahun 1985, arahan Allahyarham Hussein Abu Hassan, mencetuskan fenomena dengan mengangkat kisah remaja. Filem mengisahkan remaja nakal, Azroy Azlan jatuh cinta pada seorang gadis pelajar baru bernama Suziana (Rehana Yassin) atau lebih mesra dengan panggilan Suzi, masih kekal dalam ingatan penonton sehingga kini. Oleh kerana filem itu jugalah, nama-nama seperti Faizal Hussien (anak Allahyarham hussin abu hassan) dan Rosyam Nor mula menjadi perhatian dan popular.

Allahyarham Hussein pernah menerima Anugerah Seniman Veteran pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005. Jasanya di dalam bidang seni mendapat penghargaan dengan pengurniaan bintang Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1997. Allahyarham Hussein meninggal dunia pada 6.30 pagi, 26 November 2007 di Hospital Kuala Lumpur kerana penyakit buah pinggang dan beberapa komplikasi penyakit lain. Hussein dikebumikan di tanah perkuburan Taman Ibu Kota Muslim di Setapak.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.