Anak Jati Kg. Londang, Masjid Tanah Ke Pentas Akhir Da’i 2017

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Peserta Program Realiti Keagamaan Da’i Musim ke 5 iaitu, Da’i Fahmi yang bersal dari Kg. Londang, Masjid Tanah Melaka berjaya melangkah ke pentas akhir program tersebut. Da’i Fahmi berjaya ke pentas akhir bersama-sama dengan Da’i Hakim dan Afiqah, manakalah seorang perserta iaitu Da’i Aiman tersingkir pada separuh akhir program itu pada ahad malam.

Persembahan Da’i Fahmi Diseparuh Akhir

Seramai 12 orang peserta telah dipilih melalui sesi uji bakat yang berlangsung sepanjang bulan Mac yang lalu. Da’i musim ini masih mengekalkan Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai Mursyid (Ketua Pengajar), dibantu Murabbi (tenaga pengajar) terdiri daripada Ustaz Roslan Mohamed dan Ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah. Para peserta akan dinilai oleh para juri professional iaitu Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof Madya Dr Sharifah Haayati Syed Ismail.

Da’i Musim Ke-5 bakal menemui penonton bermula bermula 16 Julai ini, bersiaran setiap hari Ahad jam 9 malam di TV3. Program ini dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor selaku pengacara utama dan Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail selaku pengacara bersama Da’i Pendakwah Nusantara.

Para peserta akan diberikan masa 3 hingga 5 minit untuk mempersembahkan tazkirah mereka dengan cara yang kreatif dan unik. Persembahan mereka akan dinilai oleh 10 orang juri awam, para murabbi dan juri tetap. Peranan murabbi dan juri tetap adalah untuk memastikan pengisian tazkirah yang disampaikan itu adalah sahih, lantas memberikan markah kepada mereka.

Sistem pemarkahan untuk musim ini adalah 70% dari juri tetap, iaitu Ustaz Zarifi Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail masing-masing akan mengadili dari sudut isi dan hafazan sebanyak (35%), manakala (35%) lagi adalah melalui personaliti serta gaya persembahan. 20% akan diberikan oleh Murabbi iaitu Ustaz Roslan Mohamed dan Ustazah Asni Al-Hafizah. Akhir sekali, 10% dari juri awam yang diundang pada setiap episod.

Penonton juga berpeluang untuk menyaksikan Jurnal Da’i yang bakal disiarkan pada hari Ahad, jam 6.00 petang dan akan dihoskan oleh Da’i Syed (musim ke-4). Jurnal Da’i akan memaparkan perjalanan pembelajaran mereka sebelum bergelar Da’i, di belakang tabir kelas bersama Murabbi dan Mursyid, aktiviti-aktiviti riadah dan juga aktiviti bersama penaja.

Juara Da’i Pendakwah Nusantara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, trofi dan pakej umrah. Pemenang saguhati pula mendapat wang tunai berjumlah RM5,000 beserta trofi setiap seorang.

fahmi2

Latar Belakang Ringkas Da’i Fahmi :

• MUHAMMAD FAHMI B. ZULKIFLY
• 19 TAHUN
• KG LONDANG, MASJID TANAH, MELAKA.
• DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT, MARSAH, JB, JOHOR.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.