Aiskrim Durian D24 Tarikan Terbaru Sekiranya Berkunjung Ke Melaka

Sebut sahaja berkenaan Melaka pastinya ianya dikenali sebagai tapak warisan sejarah. Namun negeri ini juga terkenal dengan makanan tradisi dan makanan moden yang menghiasi lagi keunikan negeri ini. DIGELAR raja buah, durian sentiasa mendominasi carta buah-buahan tempatan yang paling digemari masyarakat tempatan. Keenakan durian sama ada lemak, manis atau pahit pastinya memukau sesiapa sahaja walaupun baunya menusuk hidung.

D241

Memenuhi permintaan masyarakat, pelbagai pihak kini mengambil peluang dengan menginovasi durian dijadikan aiskrim sebagai snek yang ringkas, lazat, sedap dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.

Pemilik The Best Durian Ice Cream in Melaka D24, Muhammad Zahin Zainuddin berkata, idea untuk menjual aiskrim durian menggunakan Durian D24 adalah untuk memberikan kemudahan kepada orang ramai menikmati durian walaupun bukan musim raja buah itu.

D242

Menurutnya, dia mula menjual aiskrim durian sejak beberapa minggu lalu dan menumpukan sepenuhnya kepada perisa itu berikutan menerima sambutan yang luar biasa.

“Saya menjual aiskrim pelbagai perisa sejak 10 bulan lalu hanya biasa-biasa sahaja.

“Selepas memperkenalkan aiskrim durian, ia mengubah perniagaan saya sehingga 360 darjah kerana menerima banyak pelanggan.

“Saya tidak menyangka, aiskrim durian menjadi kegemaran penduduk sekitar dan seluruh negara yang datang ke tempat perniagaan saya di Duyong, Melaka semata-mata untuk menikmatinya,” katanya.

Menurutnya, dia jual aiskrim durian dalam dua kategori iaitu saiz kecil berharga RM8, manakala saiz besar berharga RM15.

“Alhamdulillah, saya terpaksa memfokuskan jualan aiskrim durian sahaja kerana dalam sejam saya boleh menjual 200 mangkuk.

“Pada hujung minggu pula, permintaan aiskrim durian di luar jangkaan dan mampu terjual sehingga 600 mangkuk.

“Saya hanya mula menjual aiskrim bermula jam 12 tengah hari dan akan tutup jam 3 petang.

“Namun, menjual aiskrim durian, ia tidak sampai beberapa jam,” katanya.

D243

Muhammad Zahin berkata, fenomena aiskrim durian luar biasa kerana pelanggan sanggup beratur awal dan sabar menunggu saya membuka gerai jam 12 tengah hari.

“Pada peringkat permulaan, saya tidak memperolehi bekalan durian yang mencukupi, namun tidak mahu menghampakan pelanggan yang datang dari seluruh negara, akhirnya saya mendapat bekalan durian yang mencukupi.

“Dengan adanya aiskrim durian, penggemar durian tidak perlu lagi menunggu musim durian kerana mereka boleh berkunjung ke gerai saya,” katanya.

Lokasi Perniagaan :

Lokasi : Warung Kak Su
Hari Beroperasi : Buka Sabtu Hingga Khamis
Waktu Operasi : 12 Tengah Hari- 3 Petang

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.