5 Makanan Viral Di Melaka Yang Harus Anda Cuba

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Untuk pembaca setia orangmelaka.com anda pastinya tertanya-tanya dimanakah terletaknya kedai makan yang sedap dengan kepuasan yang maksimun. Sekiranya anda berkunjung ke Negeri Bandar Warisan Dunia ini anda boleh mencuba Top 5 Makanan yang pernah viral, antaranya ialah :

makan1

1- Warung Hijau Rojak Sotong

warung hijau rojak sotong ini pernah viral suatu ketika dahulu dengan menu utamanya ialah rojak sotong. Terletak di Bt 19 3/4 Kg Durian Daun Masjid Tanah 78300 Melaka
Melaka. beroperasi sekitar pukul 6 petang sehingga 12 malam.

makan2

2- Mango Float Royale Melaka

Sekiranya anda datang dari arah bukit beruang atau batu berendam pastinya anda akan mengalami kesesakan trafik yang bergerak perlahan. Ini kerana terdapatnya satu warung yang di beri nama Mango Float Royale Melaka. Kedai ini terletak di Kedai Mee Kari Sungai Putat Batu Berendam 75350 Melaka Batu Berendam. Beroperasi (Isnin – Sabtu) 2pm – 11.30pm dan (Ahad) 11am – 6pm. Aura manggo float royale Melaka ini, menyebabkan ramai pengunjung dari luar Melaka yang datang semata-mata untuk mendapatkan hidangan yang istimewa ini.

makan3

3- Coconut Shake Batu Berendam Melaka

Coconut Shake Batu Berendam juga antara pilihan yang terbaik sekiranya anda ingin menghilangkan dahaga. Dengan harga yang sangat berpatutan dan dilengkapi dengan pelbagai juadah sampingan, tidak hairanlah sekiranya ramai pengunjung yang sanggup beratur panjang, semata-mata untuk mendapatkan coconut shake batu berendam ini. Untuk anda yang di luar melaka boleh berkunjung ke warung ini yang terletak di Taman cergas,batu berendam, Melaka waktu operasinya 10 pagi sehingga 12 malam.

makan4

4- Roti Canai Kayu Arang

Oleh kerana tempat ni sentiasa ramai orang, anda dicadangkan untuk datang awal. Kalau tak, jenuh nak berebut tempat duduk. Lokasi: Lot 459, Kampung Batu Mukim, Bachang Waktu Operasi: Hari biasa: 7:00 pagi ke 12:30 tengahari.

makan5

5- Miee Goreng Hasan Tengkera

Miee Pak hasan tengkera bukan warung biasa. Ini kerana warung ini menjadi tumpuan orang ramai untuk bersarapan pagi dengan hidangan yang istimewa yang di panggil “Miee Bodo”. Hidangan yang simple ini telah menarik pelangganya sekitar awal pagi hanya. Miee yang hanya digoreng bersama tauge ini telah menyebabkan berpusu-pusu pelanggan dari dalam dan luar Melaka ke warung ini. Lokasi perniagaan ini di Jalan Tengkera,75200 Melaka. beroperasi sekitar 7 pagi sehingga 10 pagi.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.