Artikel Terkini

Wang Palsu Dari ATM

Dia yang berasal dari Johor dan berkerja sebagai kerani akaun di sebuah syarikat di negeri ini berkata, wang kertas RM50 itu tidak mempunyai hologram gambar Agong, garisan perak yang tidak berkilat, manakala tulisan bank negara yang mengalami kecacatan cetakan.

Pertandingan Musang Berjanggut

Penolong Kurator Muzium Rakyat, Siti Rohani Hamzah berkata, pertandingan yang diadaptasikan daripada sebahagian babak dalam filem Melayu klasik berjudul Musang Berjanggut, arahan Allahyarham, Tan Sri P. Ramlee disertai oleh enam peserta untuk pusingan pertama.

Bomba Bantu Usung Lelaki 220kg

Dalam kejadian jam 9.30 itu, Ang Nickson, 30, diusung turun dari tingkat 11 hotel berkenaan kerana tidak dapat menggerakkan bahagian kanan badan.

Pelabuhan Maritim Siap 2025

Pelabuhan Maritim Melaka Gateway yang kini rancak dalam pembinaan di Pulau Melaka dijangka akan dapat disiapkan sepenuhnya menjelang 2025. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, proses penambakan laut dengan keluasan kira-kira 300 hektar bagi melaksanakan projek bernilai lebih RM20 bilion itu dijangka akan dapat dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

Rumah Bekas Ketua Wanita Cawangan Terbakar

Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari, Rahizam Ruzali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.05 petang. Menurutnya, setiba di lokasi pada jam 6.10 petang, sebuah rumah berkeluasan 40x80 terbakar dan api sedang marak.

Niat Hanya Untuk Menolong

“Kira-kira jam 3.40 petang, Sabtu lalu saya terus ke Taman Botanikal, saya diberitahu ular tedung selar berkenaan sudah menyusup di bawah timbunan daun-daun, jadi saya bersama seorang lagi rakan, Mohamad Amir Amirul Arafat Zaini, 22, yang sudah biasa dengan ular cuba menjejakinya.

Sungai Rambai Daerah Baru

Sungai Rambai bakal mencatatkan sejarah tersendiri apabila diisytiharkan sebagai daerah kecil yang pertama di Melaka, hari ini. Langkah menaik taraf Sungai Rambai dari sebuah pekan berasaskan aktiviti pertanian kepada daerah kecil dilihat akan merubahnya menjadi sebuah hab pertumbuhan ekonomi baharu di selatan Melaka seiring dengan pembangunan bandar-bandar lain.

Jambatan Maut Ancam Pengguna

Jambatan ‘maut’. Itulah perumpamaan sesuai bagi jambatan yang dibina di taman perumahan Taman Tuah Perdana, Tehel di sini. Melihat kepada struktur jalan yang tidak rata di jambatan itu sahaja boleh dibayangkan ia mampu mengundang maut kepada pengguna jambatan tersebut.

Warga Emas Maut Terjun Bangunan Kedai

Difahamkan, kejadian disedari pengawal keselamatan itu yang terdengar bunyi dentuman kuat seperti objek berat jatuh ke tingkat bawah. Sumber berkata, sejurus terdengar bunyi dentuman itu pengawal keselamatan berkenaan segera keluar dari bangunan, sebelum mendapati mayat seorang lelaki tertiarap di lantai kaki lima bangunan.

Permintaan Tinggi Hidangan Belangkas

Jika dulu, hidangan eksotik belangkas masih kurang diterima kerana isinya dikatakan beracun, namun menu masakan itu kian mendapat permintaan tinggi. Kini, belangkas tidak lagi dibiarkan mati begitu saja di tepi pantai atau dibuang sekiranya termasuk ke dalam jaring nelayan kerana harganya boleh mencecah antara RM10 hingga RM15 seekor.

Sudah Diberi Notis Sebelum Rampas Durian

Sejak semalam, cideo itu lebih 4,000 pelayar Internet dan dikongsi oleh 27 pengguna laman sosial. Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Murad Husin, berkata sitaan barangan jualan dibuat selepas peniaga berusia 30-an itu enggan berpindah ke lokasi lain yang lebih sesuai.

Anak Pukul Bapa Kerana Di Tegur

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. Mengikut fakta kes, tertuduh berang selepas berlaku pertengkaran dengan bapanya yang menegurnya memasang video YouTube menerusi telefon bimbit dengan bunyi terlalu kuat.

Hospital Baru Bagi Menampung Kesesakan Hospital Besar Melaka

Idris berkata, hospital baharu di Bandar Hijau itu akan dibina di kawasan seluas 48 ekar dan bakal menjadi hospital utama manakala hospital sedia ada akan ditukar fungsi menjadi hospital daerah Melaka Tengah, sekali gus mengurangkan kesesakan trafik di kawasan itu.

Kalah Di Padang, Menang Di Hati

Dalam kemalangan ini, 2 mangsa wanita mengalami kecederaan ringan dan di beri bantuan perubatan oleh Dr. Adivan dan di bantu oleh Fisio Melaka United Vladimir Gramblica dan Rozairen. Dalam waktu ini, pasukan Melaka United menunggu bantuan plus dan pasukan perubatan tiba (ambulans) bagi membantu mangsa terbabit.

Nafi Dakwaan Pencerobohan Hasil Hutan

Jelasnya, penularan gambar sebuah lori muatan kayu hutan itu, sebenarnya tidak menggunakan jalan sedia ada sebaliknya jalan lain dibina oleh kontraktor untuk membawa hasil hutan keluar.

Derita Ekzema

"Setiap kali melihat dia menggaru badannya apabila gatal, saya hanya mampu mengalirkan air mata kerana mengenangkan kesakitan terpaksa ditanggungnya walaupun usianya masih kecil," luah ibu kepada bayi perempuan yang menghidap penyakit ekzema tahap dua, Saniah Karim, 37.

Bukan Mudah Mengecal

Perkataan 'mengecal' pastinya jarang didengari atau sangat jauh daripada pemahaman segelintir masyarakat. Bagaimanapun, mengecal atau menangkap ikan menggunakan tangan amat sinonim dengan penduduk-penduduk kampung kerana ia salah satu aktiviti mereka yang popular suatu masa dahulu.

Doa Dijalan Berlubang Dimakbulkan

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, berkata minggu lalu enam keping gambar di lokasi sama dimuat naik ke laman sosial Facebook miliknya, namun sehingga pagi tadi, tiada kerja penurapan dibuat mendorong beliau berbuat demikian.

Melaka Sentral Jawab Tuduhan Pendingin Hawa Ditutup

Pihak pengurusan Melaka Sentral menjelaskan waktu operasinya bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari. Ia berikutan timbul rasa tidak puas hati di kalangan pengguna apabila pendingin udara di terminal bas berkenaan secara tiba-tiba ditutup, manakala lebih 200 pengguna berada di ruang menunggu dalam bangunan itu kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Cincin Di Anu Punya Hal

PADAH memakai cincin pada kemaluannya, lelaki warga Indonesia bukan sahaja terpaksa menahan malu, malah menanggung kesakitan selepas alat sulitnya itu membengkak, dalam kejadian petang semalam. Lelaki berusia 30-an itu dibawa ke Hospital Melaka, di sini, selepas tidak dapat membuang air kecil.

Mayat Berulat Jatuh Pokok Petai

Seorang penduduk, Ramlah Osman, 63, berkata, kali terakhir dia berjumpa mangsa, pada Ahad lalu dan tidak menyangka jirannya itu ditimpa kemalangan kerana tidak menghidu bau busuk walaupun mayat ditemui hanya jarak kira-kira 20 meter dari rumahnya.

Cendol Durian Padu Ultrazcafe

Pengusahnya Sarinah Binti Samad berkata pelbagai jenis gred durian yang digunakan bagi menampung permintaan pelangganya. Dari durian kampung sehinggalah durian D27. Antara hidangan cendol durian yang mendapat permintaan yang tinggi ialah Cendol Durian Gred IOI, Cendol Isi Durian, Cendol Durian Crepe, Aiskrim Durian D27 dan Pelbagai jenis lagi.

Beri Perkhidmatan Percuma Setiap Pagi Jumaat

Bengkel kereta yang dinamakan 'Makhdad Workshop' dan telah beroperasi sejak tahun 2005, di depan Masjid Ihsanuddin Gangsa, memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan perkhidmatan tersebut bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Dua Penjenayah Tumpas Dibidik Polis

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Bukit Aman, yang melakukan rondaan jenayah terserempak sebuah kereta Mercedes Benz dalam keadaan mencurigakan.

Dua Geng Tebuk Tumpas Di Sg Udang

Dua lelaki 'Geng Tebuk' mati ditembak polis di sebuah pasar raya di Taman Bandar Baru, Sungai Udang, di sini, selepas dipercayai cuba memecah masuk sebuah kedai emas awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, suspek yang dipercayai warga asing berusia lingkungan 30-an melepaskan

Meter Air Pon Nak Kebas

Penduduk di sekitar Alai, di sini kini bimbang apabila lebih 10 kes kecurian meter paip air dilaporkan berlaku di kawasan itu dalam tempoh seminggu.

Isu Kilang Dedak Perlu Penyelesaian Teliti

Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) bersedia membantu mencari jalan penyelesaian berhubung isu bekas kilang dedak lama di Jalan Tun Ali yang menjadi pertikaian antara Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dengan sekumpulan anak muda penggemar seni grafiti dan sukan skateboard.

12 Jam Urus Jenazah Bapa Sebelum Dikebumikan

Seorang lelaki mendakwa proses menguruskan jenazah bapanya memakan masa 12 jam disebabkan masalah dihadapi ambulans dan kelewatan kenderaan polis. Mohd Saifullah Mansor, 27, mendakwa, kejadian berlaku 16 Disember lalu memberi kesan mendalam dalam kalangan keluarga, malah turut membuatkan mereka sedih dan kesal urusan jenazah yang sepatutnya dilakukan cepat terpaksa berlanjutan.

Maut Digilis Treler

PENUNGGANG motosikal maut selepas terperosok ke bawah trelar di Jalan Pantai Klebang, Melaka Tengah, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Muhammad Aliff Najhmie Abdullah Sani, 17, maut di tempat kejadian akibat digilis kenderaan berat itu.

Warung Old School Menggamit Nostalgia 80an

Mungkin tiada siapa menyangka warung yang beroperasi di zaman 1960-an masih mampu menjalankan perniagaan biarpun sudah berstatus old school di tengah-tengah bandar raya ini. Gerai makan dan minuman yang terletak di Jalan Bendahara atau dahulunya dikenali Capitol masih bertahan hingga kini malah menyediakan pelbagai menu pada harga serendah 80 sen bagi secawan kopi ‘O’ atau teh ‘O’ dan RM1 bagi teh ‘O’ ais.