Waris Pejuang Kelahiran Krubong Berikrar

Tanggal 31 Ogos 2017 Sempena Hari Kebangsaan Malaysia Ke60 yang bertemakan NegaraKu Sejati Sejiwa, Mej Zakbah bin Hj Yaakop TUDM telah diberi penghargaan untuk membaca Ikrar Kemerdekaan pada hari tersebut bagi mewakili Tiga Generasi ATM.

pejuang1

Anak Kelahiran Kampung Kerubong Melaka, telah dilahirkan pd 21 Okt 1971. Mendapat pendidiklan awal di Sek. Keb. Kerubong dan melanjutkan pelajaran ke Sek Men Tun Haji Abdul Malek (STHAM). Beliau telah memasuki Tentera Udara Diraja Malaysia pada tahun 1990.

pejuang2

Beliau mewarisi darah kesatria yang mengalir dalam tubuh Bapa nya. Sjn (B7) Hj Yaakop merupakan pesara tentera yg menganggotai pasukan Keselamatan pada zaman darurat, iaitu 1964 dan beliau telah bersara pada tahun 1986. Kini darah kesatria tersebut telah diwarisi oleh cucu beliau iaitu anak kenapa Mej Zakbah TUDM. Beliau yang dimaksudkan adalah Laskar Udara II Muhammad Danial bin Zakbah.

Sempena Kemerdekaan yang ke 60. Keluarga ni telah diberi penghargaan untuk berada diatas pentas untuk membaca ikrar kemerdekaan bersama-sama ribuan penonton yang membanjiri Dataran Merdeka.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.