Top 4 Warung Asam Pedas Di Melaka

Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah. Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Hari ini www.orangmelaka.com ingin berkongsi kepada anda senarai Top 4 Asam pedas Terbaik Di Melaka.

asampedas1

1- Asam Pedas Pasar Borong Melaka

Destinasi seterusnya ialah Medan Selera Pasar Borong Melaka. Disekitar kawasan ini terdapat deretan kedai yang menyediakan hidangan asam pedas original Melaka. Dan di antara kedai yang popular dengan masakan asam pedasnya ialah, Dahlia Asam Pedas dan Matahari Asam Pedas. Pelbagai jenis pilihan asam pedas yang terdapat di sini antaranya ialah asam pedas daging tetel, jenahak, pari, kembung, dan lain-lain.

Alamat : Asam Pedas Pasar Borong Taman Merdeka Melaka

Waktu Operasi : 6.00pm- 3.00am

asampedas2

2- Asam Pedas Claypot Kota Laksamana

Lokasi Kota Laksamana memang sangat terkenal dengan asam pedasnya bahkan kedai ini sudah bertapak hampir 15 tahun di Kota Laksamana ini. Pelbagai variasi asam pedas yang anda boleh nikmati di sini, dengan kesemua hidanganya segar dan asli. Setiap asam pedas akan di masak di dalam mangkuk tanah liat dan di hidangkan bersama-sama dengan telur masin dan sambal belacan sudah pastinya menjadi hidangan pembuka selera yang terbaik.

Alamat : 86 Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana Melaka.

Waktu Operasi : 6.00pm-4.00am (Selasa Cuti)

asampedas3

3- Restoren Asam Pedas Selera Kampung

kalau anda baru pertama kali bercuti ke Melaka, menu asam pedas melaka adalah menu wajib yang harus anda cuba, restoren ini merupakan salah satu tempat makanan yang terbaik yang kami syorkan kepada anda. Dengan hidangan yang padu dengan rasa asam pedas yang asli dengan pelbagai pilihan ikan. Selain asam pedas, pilihan menu lain juga banyak terhidang antaranya ialah masak lemak daging salai, gulai ayam dan sebagainya.

Alamat : No G2, jalan PM3, Mahkota Square, Bandar Hilir Melaka

Waktu Operasi :7.00am-6.00pm

asampedas4

4- Hajah Rahmah Asam Pedas Bukit Katil

Untuk anda yang ingin menikmati selera masakan ala kampung dengan pelbagai pilihan di sini antara lokasi wajib untuk anda singgah. Warung ini menyediakan masakan asam pedas yang cukup enak dan asli. Antara menu lain yang popular di warung ini ialah kari kepala ikanya. Warung ini sesuai di jadikan persingahan untuk menikmati makanan tengah hari sebelum anda meneruskan perjalanan percutian anda di melaka.

Alamat : Bukit katil KM9, Jalan Bukit Katil Melaka.

Waktu Operasi : 9.00am-5.00pm

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.