Tangan Kanan Putus Ketika Berkhidmat Demi Negara

Kehilangan tangan kanan akibat jerangkap samar ketika berkhidmat dalam pasukan tentera 41 tahun lalu, bukti pengorbanan besar yang ditanggung bekas komando, Yaacob Hassan dalam mengekalkan keamanan negara. Peristiwa hitam pada 21 April 1976 itu turut menyebabkan dua lagi rakannya, Husin Mahbob putus kaki kiri, manakala Allahyarham Ahmad Jantan putus kaki kanan. Ahmad meninggal dunia beberapa bulan lalu.

putus1

Ketika Menerima Pingat Jasa Negara Dari KM Melaka

ketika kejadian beliau bersama beberapa anggota lain sedang menjalankan Ops Gubir 2 di sempadan Malaysia-Thailand bagi menghapuskan kubu komunis terbesar pada waktu itu. Peristiwa terkena jerangkap samar sentiasa menjadi kenangan hitam buat yakob kerana menjadi orang kelainan upaya (OKU) sehingga kini akibat terputus tangan kanan.

Dalam kejadian itu, Husin sahabatnya terlebih dulu terkena jerangkap samar yang dipasang komunis. Beliau cuba membantu dan membersihkan wayar yang berselirat pada tubuh badannya dengan berhati-hati. Seakan kelihatan berjaya dalam usaha mematikan jerangkap samar berkenaan, secara tiba-tiba berlaku letupan menyebabkan beliau tercampak sejauh kira-kira tiga meter, sekali gus menyebabkan kedua-dua tangan mengalami kecederaan teruk, selain turut mengenai sebahagian muka.

putus2

Pesara tentera berasal dari Kampung Manggol, Pendang, Kedah ini berkata, peristiwa berkenaan menyebabkan dia terpaksa dirawat lebih dua bulan di hospital dan kemudiannya tidak diberikan kebenaran untuk mengikuti operasi menggempur komunis walaupun bersemangat untuk terus berjuang.

Bapa kepada enam anak yang kini menetap di Kampung Tanah Merah, Paya Rumput itu berkata, ketika operasi berkenaan beliau sudah bertunang dengan isterinya, Fatimah Saleh. Walaupun berstatus OKU, beliau bangga kerana cinta yang dibina sebelumnya tetap diteruskan hingga ke jinjang pelamin. Majlis perkahwinan diadakan sebaik sahaja beliau keluar dari hospital dan pulih daripada insiden berkenaan. Yaakob berkata beliau tidak selesa memakai tangan palsu yang ditempah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila kabelnya terpaksa di sangkut pada leher.

putus3

Ketika majlis persandingan, saudara-mara pengantin perempuan dan sebahagian tetamu tidak mengetahui pengantin lelaki kudung tangan kanan dan cacat tangan kiri selepas menggunakan tangan palsu. Yaacob berkata, beliau juga berbangga dengan isterinya kerana tidak pernah merungut berkahwin dengan lelaki OKU ketika itu. Kini beliau perlu membalas jasa dan pengorbanannya isterinya yang menerima beliau seadanya dengan menjaga isteri beliau (Fatimah) yang kini terlantar sakit akibat menderita penyakit saraf dan kanser payu dara.

INFO

– Yaacob Hassan kehilangan tangan kanan akibat jerangkap samar pada 21 April 1976.

– Dua lagi rakan Yaacob, Husin Mahbob putus kaki kiri manakala Allahyarham Ahmad Jantan putus kaki kanan.

– Ketika itu, Yaacob sedang menjalankan Ops Gubir 2 di sempadan Malaysia-Thailand dalam usaha menghapuskan kubu komunis terbesar pada waktu itu.

– Berbangga dengan isteri, Fatimah Saleh, 60, kerana tidak pernah merungut berkahwin dengan lelaki OKU ketika itu.

Sumber : Ihsan Berita Harian

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.