Sejarah Masjid Tanah

Pernahkah anda tahu kewujudan Masjid Tanah, Melaka? Mungkin jarang sekali rakyat malaysia pernah atau mendengar nama daerah yang dikenali sebagai Masjid Tanah yang terletak dalam Negeri Melaka ini. Walaubagaimanapun, Masjid Tanah merupakan daerah berdekatan dengan Alor Gajah yang semakin membangun menjadi sebuah bandar yang makin dikenali ramai. Kebanyakkan bentuk bangunan lama di Masjid Tanah turut dikekalkan bagi menepati konsep sejarah berkaitan Negeri Melaka dan ianya juga masih utuh sehingga kini.

masjid 1

Mungkin anda yang berada di luar Melaka ingin mengenali serba sedikit tentang daerah ini. Masjid Tanah dikenali sebagai masjid yang dibina menggunakan tanah yang berada di tepian sungai. Lokasinya terletak di dalam pekan Masjid Tanah. Masjid Tanah ini dibina oleh seorang Sheikh yang berasal dari Gujerat pada tahun 1800an. Namun Hj Sulong bin Sibeng merupakan orang tempatan yang turut menjayakan pembinaan Masjid Tanah tersebut.

Seterusnya, sebelum adanya Masjid lain dikawasan Masjid Tanah, orang kampung seperti Kampung Durian Daun ,Kampung Tengah, dan beberapa kampung lain turut datang bersembahyang di Masjid Tanah tersebut. Masjid Tanah ini pernah diubahsuai pada tahun 1951 .Oleh yang demikian ,Masjid Tanah ini menjadi tempat singgahan selepas Masjid-Masjid lain dibina.

masjid 2

Di samping itu, orang-orang Masjid Tanah dikenali dengan loghat ‘Hulu’atau’cakap Hulu’. Adat Perpatih juga diamalkan oleh mereka dengan mengunakan sistem ‘Suku’ atau ‘Waris’, namun akibat peredaran zaman, adat ini makin lama semakin ditinggalkan. Seterusnya, terdapat pekan yang berada di Masjid Tanah dipanggil ‘SIMPANG’ merujuk kepada pekan asal dimana mempunyai 3 simpang di hadapan jam besar Masjid Tanah.

Masjid Tanah juga semakin pesat membangun dengan projek-projek perumahan dan kemudahan seperti klinik dan sebagainya. Di pekan Masjid Tanah aktiviti ekonomi berjalan dengan rancak dibuktikan dengan pembinaan rumah kedai yang baru. Prasarana lengkap telah sedia ada di pekan kecil ini.

Makin lama situasi daerah ini semakin membangun dari pelbagai segi. Mungkin ada di kalangan anda yang tinggal di daerah ini ingin berkongsikan dengan kami lebih lanjut tentang Masjid tanah dan kenangan sebelum terbentuknya Masjid Tanah era 2017 ini.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.