Rani Kulup Bergelar Datuk

Siapa yang tidak mengenali sosok tubuh yang begelar Ayahnda Rani Kulup, seorang selebriti yang terkenal dengan report Polisnya. Rani Kulup yang juga Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dikatakan telah begelar Datuk.

datuk1

Darjah Paduka Mahkota Melaka (DPMM) kepada Rani Kulup yang membawa gelaran ‘Paduka Baginda’ di awalan namanya telah di kurniahakn oleh seorang individu yang menamakan diri beliau sebagai Sultan Melaka iaitu Raja Noor Jan Shah. Darjah kebesaran ini di berikan atas alasan, ayahnda telah banyak memperjuangkan isu rakyat, mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu, agama dan negara dengan membuat laporan polis apabila sesuatu isu itu dibangkitkan.

datuk1

Namun walaubagaimanapun pengurniaan Darjah Kebesaran ini tidak di iktiraf oleh kerajaan negeri Melaka. kerajaan negeri Melaka tidak pernah mengiktiraf mana-mana individu yang mengelarkan dirinya sultan. Kes pengurniaan Darjah Kebesaran ini telah pon di siasat oleh pihak polis.

datuk1

Berita ini sudah semestinya membuatkan kerabat-kerabat institusi DiRaja ‘geleng kepala’ melihatkan situasi yang semakin pelik, khususnya bagaimana seseorang yang belum disahkan sebagai pewaris diberikan kuasa memberi pangkat kepada masyarakat, apatah lagi darjah kebesaran kurniaan dari ‘kerajaan’ yang tidak diiktiraf oleh Malaysia.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.