Proses Pemindahan Paus Besi Ke Melaka

Muzium Kapal Selam atau Submarine Museum di Pantai Klebang Melaka sudah pastinya tidak asing lagi bagi rakyat disekitar Melaka secara amnya. Muzium ini merupakan muzium kapal selam pertama di negara. Namun pada tahun 2011 sejarah baru telah tercipta di negeri ini, apabila bakal menerima sebuah kapal selam yang akan dijadikan sebagai muzium.

besi1

Felda Transport Services Sdn Bhd telah bekerjasama dengan sebuah syarikat di Belanda iaitu Jumbo Shipping telah dipertanggungjawabkan untuk menggangkut dan membawa Kapal selam jenis Agosta ini, dari Perancis ke Klebang pada tahun 2011. Kapal selam jenis Agosta ini merupakan kapal selam latihan yang telah digunakan oleh TLDM. Kapal selam ini merupakan kapal selam yang telah dilucutkan tauliyah oleh pihak Kerajaan di Perancis. Kapal selam tersebut digunakan oleh TLDM selama empat tahun sebelum kerajaan Perancis membenarkan kapal selam ini menjadi bahan muzium di Malaysia.

Projek untuk membawa kapal selam ini bukanlah sesuatu yang mudah, ini kerana pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi untuk membawa muatan yang beratnya hampir 1200 ton. Namun syarikat yang sudah terkenal bagi industri perkapalan laut dalam yang berpangkalan di belanda Jumbo Shipping. telah berjaya menguruskan dan membawa kapal selam ini ke bumi Hang Tuah Melaka. Kapal pengangkut yang bernama Fairpartner digunakan untuk membawa kapal selam jenis Agosta ini. Kapal selam jenis Agosta telah dimuatkan kedalam perut kapal Fairpartner yang akan berlayar dari pelabuhan di Perancis ke Selat Melaka.

besi2

Tempoh pelayaran untuk membawa kapal selam ini dari Perancis mengambil masa kira-kira sebulan sebelum tibanya ke Melaka. Kapal selam yang dibina pada tahun 1979 denga beratnya 1200 ton, tingginya 68 meter dan panjang 68 meter telah tiba di Melaka pada bulan november 2011. Proses pemindahan kapal selam ini telah melibatkan beberapa jurutera dan bepuluh anak kapal, selain itu pelbagai agensi yang teribat sewaktu kapal ini tiba di melaka antaranya TLDM, BOMBA, PERZIM dan IKRAM.

besi3

Pada permulaan pembukaan muzium kapal selam ini, pengunjung hanya dibenarkan melihat kapal selam ini dari luar sahaja tetapi kini telah debuka kepada orang ramai untuk kebahagian dalam. Pengunjung juga boleh melihat tempat simpanan peluru, ruangan kawalan kapal, dapur dan juga tempat tidur.

Harga Tiket
Untuk memasuki didalam Muzium Kapal Selam ini dikenakan bayaran. Pengunjung dikehendaki membeli tiket dahulu sebelum masuk. Harga tiket tidaklah terlalu mahal.Harga tiket tersebut ialah :

Dewasa : RM 3
Kanak-kanak : RM 1

Waktu Operasi
Isnin – Khamis : 9 pagi – 5.30 Petang
Jumaat – Ahad : 9 pagi – 6.30 Petang

Alamat
Dataran 1 Malaysia Pantai Klebang,
Jalan Klebang Besar,
75200 Melaka

Sumber : Majalah 3

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.