Pokok Berusia 50 Tahun Dipindahkan

Tahukah anda sebatang pokok yang menghiasi bulatan di jalan Tun Perak merupakan pokok yang berusia 50 tahun. Pokok ini pernah ‘diselamatkan’ dalam operasi khas mengalihkannya dari lokasi asal ke tapak baru iaitu di tengah-tengah bulatan yang telah dibina.

pokok1

Kerja mengalihkan pokok berkenaan dilakukan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berikutan projek pelebaran jalan di laluan terbabit, dalam usaha mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Pokok berkenaan tidak ditebang kerana khazanah berharga itu melengkapkan landskap projek berkenaan apabila diletakkan di tengah bulatan.

pokok2

Akta Perancang Bandar,juga merupakan antara penyebab pokok ini tidak boleh sewenang-wenangnya di tebang. Di Melaka pokok-pokok akan dipelihara dan Selagi boleh diselamatkan, pihak berwajib akan cuba menyelamatkanya.

Operasi pemindahakn pokok ini meruapakan operasi yang pertama di malaysia kerana masih mengekalkan, kanopi pokok (rimbunan daun) untuk memulihara keasliannya. Bagaimanapun pihak MBMB mencantas dahan tertentu bagi melancarkan lagi operasi memindahkan khazanah berharga itu.

Kini Pokok Hujan yang dipindahkan ke kawasan baru itu masih lagi hidup dan tinjauan www.orangmelaka.com pokok ini mula mengeluarkan tunas-tunas baru. Dan proses pemindahan yang dilakukan oleh MBMB boleh dikatakan telah berjaya.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.