Pemikiran Kasim Ahmad Berkenaan Dua Laksamana Melaka

Kasim Ahmad merupakan seorang tokoh pemikiran pendidikan yang berasal daripada Kedah. Kasim Ahmad merupakan Tokoh sealiran dengan Sasterawan hebat negera seperti Usman Awang, Baha Zain, Kemala, Ali Ahmad, Nik Mohammad Zain, Alis Murni, Yahya Ismail, Mohd Affandi Hassan dan Abdul Ghafar Ibrahim.

kasim1

Beliau pernah menjadi pegawai penyelidik DBP dan menyusun buku Hikayat Hang Tuah. Beliau juga terkenal dengan beberapa penghasilan buku-buku berkenaan sastera islam. Antara penulisan beliau yang menerima pelbagai tentangan dan kritikan ialah buku Hadis: Satu Penilaian Semula (1986), beliau dikecam teruk dan di labelkan sebagai anti hadis. Selain daripada itu Beliau juga terlibat di dalam beberapa naskah buku sejarah seperti Hikayat Hang Tuah (diusahakan oleh Kassim Ahmad semasa menjadi pegawai penyelidik DBP), Characterisation in Hikayat Hang Tuah (1966 diterbitkan oleh DBP) dan Perwatakan dalam Hikayat Hang Tuah.

Kontroversi awal yang melanda Kassim ialah apabila allahyarham mengangkat Hang Jebat dalam tesisnya sebagai wira. Hang Tuah yang sudah sebati dengan pemikiran orang Melayu diketepikan dan ini satu ketegesan yang luar biasa. Berkemungkinan Kassim melihat Hang Tuah dan Hang Jebat dalam konteks yang pelbagai. Tidak semestinya dalam konteks Hikayat Hang Tuah atau Sejarah Melayu sahaja. Misalnya hari ini terlalu banyak “Hang Tuah” yang setia secara bisu, buta dan tuli. Sudah tentulah “Hang Tuah” begini bukan wira yang kita mahukan.

kasim2

Buku Yang Ditulis Oleh Kassim Ahmad

Kassim Ahmad berani menentang arus apabila mengemukakan dakwaan bahawa Tulisan Hang Jebat seorang hero orang Melayu, bukannya Hang Tuah, sungguhpun Hang Jebat membunuh ramai rakyat Melaka yang tidak berdosa. Ini berbeza seperti yang terkandung di dalam Teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) ini turut memberikan maklumat tentang tugas dan peranan yang diberikan oleh Sultan Melaka kepada Hang Tuah untuk menjaga keamanan negeri. Sikap, rupa bentuk dan tingkah laku Hang Tuah yang sentiasa mematuhi arahan baginda Sultan juga telah menjadikan dirinya sebagai orang kesayangan Sultan Mansur Syah. Kehebatan dan kepandaian Hang Tuah juga dikatakan tidak dapat dan mampu ditandingi oleh sesiapa pun dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada zaman itu.

Jadi memang layaklah Hang Tuah dijadikan Hero Melayu kerana, mengabadikan hidupnya dan kesetiaanya demi Melaka dan ini jugalah yang dirasakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia, antara perbandingan dua Laksaman ini. Berbanding Hang Jebat yang menginkari arahan sulatan dan membunuh rakyat Melaka yang tidak Berdosa. Namun Kerana dakwaan Kasim Ahmad “bahawa Hang Jebat seorang hero orang Melayu, bukannya Hang Tuah” sekali lagi beliau menerima kritikan dan tentangan sehingga mencetuskan polemik pendebatan dikalangan tokoh-tokoh sejarah negara.

kasim3

Buku Yang Ditulis Oleh Kassim Ahmad

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.