Meter Air Pon Nak Kebas

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Penduduk di sekitar Alai, di sini kini bimbang apabila lebih 10 kes kecurian meter paip air dilaporkan berlaku di kawasan itu dalam tempoh seminggu.

Yang terbaharu, meter air di tandas awam dan surau Medan Ikan Bakar Alai, di sini, turut menjadi mangsa.

Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Akrammuddin Abdul Aziz berkata, sebelum ini kejadian berlaku membabitkan rumah kediaman dan beberapa unit kedai ikan bakar di kawasan terbabit.

“Kita percaya ini angkara individu yang menjadikan meter-meter paip ini sebagai sumber untuk mereka membuat duit dengan menjualnya kepada pihak-pihak tertentu.

“Masalah ini begitu membimbangkan kerana dalam minggu ini terdapat lebih 10 kes dilaporkan dan ia sudah pasti akan menyusahkan penduduk yang menjadi mangsa,” katanya di sini, semalam.

Justeru, beliau memohon kerja-sama daripada penduduk setempat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), organisasi-organisasi taman atau kampung supaya dapat membantu polis bagi memastikan kejadian berkenaan tidak terus berlaku.

“Sebagai contoh, apa yang berlaku di surau dan tandas awam di Medan Ikan Bakar Alai di sini. Apabila meter paip airnya dicuri, sudah pasti akan menyukarkan kepada pengunjung yang datang ke sini,” katanya.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.