Kisah Pemilik Patung Tanpa Tangan Di Bukit St Paul

Jika ke Melaka, pastinya pengunjung akan pergi ke Bukit Saint Paul yang dibangun oleh bangsa Portugis tahun 1513. Bukan hanya dikenali sebagai salah satu tarikan perlancongan di negeri Melaka malah Bukit Saint Paul juga menyimpan cerita tentang seorang pendeta Francis Xavier.

paul1

Francis Xavier ataupun nama asalnya, Francisco de Jaso y Azpilicueta (7 April 1506, Navarre, Sepanyol – 3 Disember 1552, Pulau Shangchuan, China) adalah seorang mubaligh perintis Gereja Katolik Rom yang dilahirkan di Navarre, Sepanyol. Xavier merupakan seorang daripada pelajar Santo Ignatius Loyola dan salah satu daripada kalangan tujuh pengasas Persatuan Yesus (juga dikenali sebagai Tarikat Jesuit) di Montmartre, Perancis pada tahun 1534. Francis Xavier mengabdikan sebahagian besar hidupnya bagi kerja-kerja penyebaran agama kristian di negara-negara asing. Francis Xavier tiba di Melaka pada Oktober 1545 dan menetap di Melaka buat sementara waktu sambil menunggu kapal untuk membawanya ke Makassar. Di Melaka Francis Xavier tidak dapat menyebarkan ilmunya secara langsuang. Dalam perjalanan ke Cina, St. Francis Xavier sakit tenat dan kemudian meninggal dunia di Pulau Shangchuan.

paul2

Jenazah Francis Xavier pada mula-mulanya dimakamkan di Pulau Shangchuan. Pada bulan Februari 1553, jenazahnya yang masih elok dipindahkan dari Pulau Shangchuan dan disemadikan di Gereja St. Paul, Melaka pada 22 Mac 1553. Pada 15 April 1553, Diego Pereira tiba di Melaka dari Goa dan tidak lama kemudian memindahkan jenazah Francis Xavier ke rumahnya. Sebuah makam terbuka di runtuhan Gereja St. Paul, Melaka menandakan tapak jenazah Francis Xavier pernah disemayamkan. Pada 11 Disember 1553, jenazah Francis Xavier dipindahkan dari Melaka dan sampai ke kota Goa pada 15 Mac 1554. Jenazah Xavier akhirnya disemayamkan di gereja Basilika Bom J├ęsus di Goa dan diletakkan di dalam sebuah keranda kaca bersalur perak pada 2 Disember 1637.

paul3

Kisah pergelangan tangan yang tiada pada patung, dikatakan kerana orang Goa merayu untuk tidak memindahkan mayat itu, jadi, Pope meminta agar sebelah pergelangan tanganya dipotong dan dibawa untuk proses yang dipanggil Canonization. Orang kata, mengalir darah dari tangan St. Francis, walaupun sudah berpuluh tahun mati. Patung St. Francis dibina pada tahun 1952, untuk mengingati jasa, pengorbanan dan kehebatan paderi itu. Pagi setelah Patung ni didirikan, sebatang pokok telah jatuh dan mematahkan pergelangan tangan dan ibu jari kaki Patung tu. Orang kata, ajaib kerana hampir sama dengan kisah pergelangan tangan mayat St. Francis yang terpisah.

Selain dari patung, beberapa peninggalan lain yang berkaitan dengan St. Francis dapat dilihat, antaranya lubang bekas kubur St. Francis di dalam Gereja St. Paul, Gereja St. Francis Xavier dan Sekolah St. Francis Xavier, semuanya di Banda Hilir.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.