Kereta Terbang Ke Pintu Rumah

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Dua penghuni rumah yang sedang menonton televisyen terselamat dari dirempuh sebuah kereta Honda City yang dipandu seorang warga emas di Taman Ozana Impian, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian lebih kurang jam 9.30 pagi, mangsa yang hanya dikenali sebagai Anwar,30 berkata, ketika kejadian dia bersama lima orang ahli keluarganya berada dalam rumah termasuk ibu dan adiknya yang sedang menonton televisyen.
Menurutnya, dia kemudian terkejut mendengar dentuman kuat dari arah depan rumah sebelum melihat sebuah kereta merempuh tembok depan rumah mereka yang didiami sejak 10 tahun lalu.

Katanya, dia dan ahli keluarga yang lain segera keluar rumah melalui pintu belakang dan mendapati seorang warga emas lelaki tersepit dalam kenderaan itu.

“Terkejut juga tiba-tiba terdengar bunyi kuat dan tidak sangka rumah kami dirempuh sebuah kereta.

“Nasib baik kami tak mengalami sebarang kecederaan nak lagi mak dan adik ketika itu menonton televisyen hanya beberapa meter dari tempat kejadian,” katanya.

Tambahnya, rumah yang baru setahun diubah suai itu dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM12,000 termasuk pintu pagar elektrik yang turut tercabut dan rosak.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Pegawai Bomba Kanan II, Abdul Rahim Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan jam 10.17 pagi, sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba, anggota bomba mendapati mangsa tersepit di dalam kereta dan berjaya mengeluarkannya dalam tempoh beberapa minit.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Mangsa juga tidak mengalami sebarang kecederaan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pemilik rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Anwar, 30, berkata dia mengalami kerugian kira-kira RM12,000 akibat kejadian kemalangan itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Mohd Kamal Zainal ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.