Kemeriahan Aidilfitri Yang Hilang

Berlalu Ramadhan dan berganti Syawal, Syawal pula sudah 3 hari telah ditempuhi. Kegembiraan dan keceriaan syawal pastinya akan meninggalkan memori yang bergitu dalam kepada mereka yang meraikannya. Silatulrahim yang terjalin kini bakal terpisah, dengan kita semua bakal kembali menempuh kehidupan biasa. Bekerja dan mencari rezeki untuk anak-anak dan keluarga tercinta.

hilang1

Suasana kampung yang ceria dengan pancaran cahaya pelita akan bakal suram dan kegelapan. Hiruk pikuk bunyi dentuman mercun dan suara kanak-kanak bakal berganti dengan cengkerik dan pepijat. Ibu dan ayah dikampung bakal berasa kesunyian semula, kebahagiaan dan kasih sayang anak bakal terpisah dengan perjalanan dunia masing-masing. Mungkin satu, mungkin dua atau mungkin tiga bulan baru anak-anak akan kembali semula ke kampung halaman. Jika anda seorang anak, seorang cucu, seorang bapa tolong la mengerti perasaan ibu dan ayahmu.

hilang2

Jangan hanya pulang ketika musim perayaan, kenduri kendara, atau kematian. Anak mengertilah ibumu itu kini dimakan usia dan sudah hampir kepada tarikh luputnya. Mereka tidak meminta anda selalu bersama mereka, akan tetapi cukuplah anda pulang ke kampung sebulan sekali demi membahagiankan mereka. Ada segelintir anak yang meninggalkan ibunya berbulan-bulan demi mengejar dunia, kekayaan dan pangkat sehinggakan lupa akan tanggungjawab sebagai seorang anak. Duhai anak kebahagiaan sebenar bukan pada harta dan kebendaan, kebahagiaan sebenar adalah mereka yang disekeliling kita.

hilang3

Mungkin akan ada yang mempertikaikan cara penulisan penulis, yang dianggap diktator dan tidak faham akan bebanan tugas si pembaca. Akan tetapi adakah anda benar-benar faham akan penderitaan ayah dan ibumu? jentik minda anda untuk berfikir sejenak tentang pengorbanan ibu dan ayahmu sewaktu engkau kecil duhai anak. Kenang kembali bagaimana mereka mencurahkan segalanya demi melihat engkau tersenyum keriangan. Apalah nasib seorang ibu dan ayah hanya gembira pada musim perayaan, akan tetapi menderita selama sebelas bulan?

Jika kini anda seorang ayah dan ibu, anda akan mengerti perasaan kedua orang tuamu. Anda juga akan tua dan anda juga pastinya akan mengharapkan anak-anak anda membahagiakan anda kelak. Hidup ini adalah soal kitaran, jika anda memupuk nilai-nilai yang baik kepada anak anda nescaya anda juga akan menerima kitaran yang baik. Sekiranya anda memulakan kitaran yang tidak baik, anda pasti tahu akan jawaapannya. Jika anda seorang muslim rujuklah surah luqman.

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapkanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun[1]. Bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu’ (QS. Luqman : 14).

Jadual yang padat bukan alasan, kekangan kewangan bukan penyebab untuk anda tidak berbakti dan membahagiakan ibu dan ayahmu. Sekiranya anda mempunyai masa perbetulkanlah segalanya. Akan tetapi sekiranya peluang itu tiada, binalah kitaran yang terbaik demi generasi anda yang kemudian. Izrail itu tidak akan terlewat sesaat dan cepat sesaat dalam melaksanakan tanggungjawabnya, jika bukan adan mungkin ibu atau ayahmu. Apa yang penulis sampaikan ini hasil dari luahakan seseorang, yang bernama ibu yang menceritakan perihal kehidupanya.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.