Kebangkitan Pertama Orang Melayu Menentang Penjajahan Inggeris

Perang Naning adalah satu peperangan yang berlaku pada tahun 1831 di antara penduduk Naning yang diketuai oleh Dato’ Dol Said dengan pasukan tentera Inggeris di Naning (kini sebahagian daripada daerah Alor Gajah, Melaka). Selepas Perjanjian Inggeris Belanda ditandantangani pada tahun 1824, Belanda telah menyerahkan Melaka kepada Inggeris. Sebelum itu, hubungan Belanda di Melaka dengan Naning adalah baik. Ini kerana Belanda tidak pernah mengarahkan Naning membayar sebarang cukai kepada Belanda dan Belanda mengiktiraf kedaulatan wilayah Naning yang mahu bebas dari sebarang kekuasaan.

kebangkitan1

Walaubagaimanapun sekitar kurun ke 16 sehingga sebelum Inggeris mengambilalih Melaka, Naning berada di bawah jajahan takluk Kesultanan Johor Riau di mana wilayah Sekudai, Naning dan Rembau diselia oleh Datuk Bendahara Johor. Sungguhpun begitu ketiga tiga wilayah ini masih ditadbir oleh penghulu masing masing.

kebangkitan2

Sebelum itu di Taboh Naning (ibu negeri wilayah Naning) pada tahun 1799, penghulu Naning yang ke 8 iaitu Dato Anjak bin Hitam telah meninggal dunia. Oleh kerana jawatan penghulu Naning hanya boleh dipegang daripada waris suku Semelenggang, maka calon yang paling sesuai ialah Dato Dol Said (Penulis juga berasal dari waris suku Semelenggang di sebelah ibu dan waris suku Anak Melaka di sebelah bapa dan penulis mempunyai hubungan waris suku dan bersemenda dengan tokoh Naning ini). Dato Abdul Said Bin Omar atau atau lebih masyhur digelar Dato Dol Said telah mengambil alih jawatan Penghulu Naning selepas dipersetujui dan mendapat sokongan oleh semua ketua ketua waris dan suku. Ketika mula menjawat jawatan Penghulu Naning, umur beliau baru mencapai 29 tahun.

kebangkitan3

Perang Naning adalah satu peperangan yang berlaku pada tahun 1831 di antara penduduk Naning yang diketuai oleh Dato’ Dol Said dengan pasukan tentera Inggeris di Naning (kini sebahagian daripada daerah Alor Gajah, Melaka). Selepas Perjanjian Inggeris Belanda ditandantangani pada tahun 1824, Belanda telah menyerahkan Melaka kepada Inggeris. Sebelum itu, hubungan Belanda di Melaka dengan Naning adalah baik. Ini kerana Belanda tidak pernah mengarahkan Naning membayar sebarang cukai kepada Belanda dan Belanda mengiktiraf kedaulatan wilayah Naning yang mahu bebas dari sebarang kekuasaan. Walaubagaimanapun sekitar kurun ke 16 sehingga sebelum Inggeris mengambilalih Melaka, Naning berada di bawah jajahan takluk Kesultanan Johor Riau di mana wilayah Sekudai, Naning dan Rembau diselia oleh Datuk Bendahara Johor. Sungguhpun begitu ketiga tiga wilayah ini masih ditadbir oleh penghulu masing masing.

kebangkitan4

Sebelum itu di Taboh Naning (ibu negeri wilayah Naning) pada tahun 1799, penghulu Naning yang ke 8 iaitu Dato Anjak bin Hitam telah meninggal dunia. Oleh kerana jawatan penghulu Naning hanya boleh dipegang daripada waris suku Semelenggang, maka calon yang paling sesuai ialah Dato Dol Said (Penulis juga berasal dari waris suku Semelenggang di sebelah ibu dan waris suku Anak Melaka di sebelah bapa dan penulis mempunyai hubungan waris suku dan bersemenda dengan tokoh Naning ini). Dato Abdul Said Bin Omar atau atau lebih masyhur digelar Dato Dol Said telah mengambil alih jawatan Penghulu Naning selepas dipersetujui dan mendapat sokongan oleh semua ketua ketua waris dan suku. Ketika mula menjawat jawatan Penghulu Naning, umur beliau baru mencapai 29 tahun.

kebangkitan5

Pada tahun 1829, pemerintah Inggeris di Melaka memaksa Naning membayar cukai tanaman sebanyak 1/10 dari hasil perolehan. Ini dikatakan berpunca daripada kejahilan dan kesilapan Gabenor Fullerton Lewis, Penguasa Tanah di Melaka pada masa itu. Beliau jahil dan tidak mengetahui tentang taraf Naning dan layanan yang sepatutnya diberi kepada Naning serta bentuk cukai yang sebenarnya wujud pada masa itu.

kebangkitan6

Dato’ Dol Said membantah perintah membayar cukai tersebut. Dato Dol Said juga mendesak Inggeris supaya menghormati kedaulatan wilayah Naning seperti yang pernah diamalkan oleh Belanda. Namun Inggeris terus bertegas memaksa Naning agar membayar cukai tersebut. Tidak hanya di situ, Inggeris turut mengarahkan agar setiap pesalah di Naning haruslah dibicarakan di Melaka dan segala hukuman hanya akan dijatuhkan oleh Inggeris di Melaka dan Naning tidak mempunyai sebarang kuasa untuk membicarakan dan menghukum pesalah.

Segala tindakan tindakan Inggeris ini telah mencabar kedaulatan wilayah Naning yang telah diiktiraf oleh Kesultanan Johor Riau dan Belanda sendiri. Akhirnya Dol Said mengumumkan penentangan ke atas Inggeris. Ahli sejarah seluruh Malaysia bersepakat bahawa kebangkitan penentangan Dol Said dan seluruh penduduk Naning terhadap Inggeris adalah penentangan yang terawal sekali daripada kebangkitan penentangan di negeri negeri lain. Ahli sejarah juga sepakat menyatakan bahawa Inggeris memang tidak pernah menyangka bahawa Naning akan bangkit menentang mereka di atas tindakan mengenakan cukai kerana belum pernah mana mana pembesar dan negeri pun yang bangkit menentang Inggeris semenjak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1785.

Berikutan itu, pada tahun 1831, satu pasukan seramai 150 orang askar dengan dua buah meriam telah dihantar oleh Inggeris untuk menyerang Naning bagi menghapuskan Dato’ Dol Said dan pengikutnya. Dalam Perang Naning pertama yang berlangsung selama 18 hari bermula 6 Ogos dan berakhir pada 24 Ogos 1831, pihak Inggeris telah berjaya ditewaskan oleh orang orang Naning di bawah pimpinan Dato’ Dol Said dengan bantuan orang-orang Rembau dibawah pimpinan Sayyid Shaaban menantu Raja Ali (Yam Tuan Rembau). Tentera Inggeris yang datang dari Melaka telah mula diserang hendap apabila mereka tiba di Lendu dan Sungai Petai. Orang orang Naning telah menanam ranjau dari buluh yang telah ditajamkan hujungnya kemudian dibuat lubang dan ditutup dengan daun kelapa dan pinang. Apabila tentera Inggeris melaluinya maka mereka akan jatuh ke dalam ranjau dan mati.

Selain itu orang orang Naning turut menebang balak dan dahan dahan pokok yang besar kemudian dirintangkan di atas jalan bagi tujuan memperlahankan kemaraan tentera Inggeris ke Taboh Naning. Apabila tentera Inggeris sibuk mengalihkan balak dan dahan kayu tersebut maka orang orang Naning segera melakukan serangan hendap dengan membaling tombak, memanah dan menyumpit mereka dengan damak beracun.

Selain itu dengan bantuan dari Rembau yang terdiri daripada 1000 orang pahlawan dan pendekar yang berkawal di sekitar Taboh Naning berjaya mematahkan serangan Inggeris. Saki baki tentera Inggeris yang sedikit dan keletihan akibat sering diserang hendap oleh orang orang Naning sepanjang perjalanan mereka akhirnya telah berpatah balik ke Melaka. Inggeris tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka dan kembali menyerang Naning pada bulan Februari 1832 dengan mendapat bantuan tentera dari Singapura seramai 1,400 orang. Sebelum itu di Rembau berlaku perebutan kuasa di antara Penghulu Luak Rembau dengan Raja Ali (Yam Tuan Rembau).

Mengikut adat waris di Rembau, jawatan Penghulu Luak hanya boleh dipegang oleh Suku Biduanda sahaja. Namun Raja Ali yang sebelum itu menggelar dirinya sebagai Yam Tuan Rembau telah memerintah Rembau dan memansuhkan jawatan Penghulu Luak (mengikut sejarah, Rembau sepatutnya ditadbir oleh Penghulu Luak seperti wilayah wilayah di dalam Negeri Sembilan yang lain, Namun Raja Antah di Seri Menanti telah melantik Raja Ali sebagai Yam Tuan Rembau iaitu jawatan yang sengaja diwujudkan untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai Yang Dipertuan Besar negeri Sembilan. Ini kerana majoriti Penghulu penghulu Luak tidak bersetuju dengan pertabalan Raja Antah sebagai YDPB Negeri Sembilan. Jawatan Yam Tuan Rembau tidak wujud lagi sekarang). Penghulu Luak Rembau iaitu Datuk Gaing telah berpakat dengan kesemua penghulu penghulu Luak yang lain termasuk Luak Johol, Terachi, Sungai Ujong dan Jelebu untuk memerangi Raja Ali di Rembau.

Bagi menyelamatkan diri, Raja Ali telah meminta Inggeris campur tangan. Inggeris bersetuju untuk membantu Raja Ali di Rembau tetapi dengan satu syarat, Raja Ali dan menantunya Sayyid Shaaban tidak dibenarkan menghantar bantuan kepada Naning dan mendedahkan kelemahan pertahanan Naning kepada Inggeris. Raja Ali bersetuju dengan syarat Inggeris. Raja Ali juga telah memecahkan rahsia pertahanan Naning kepada Inggeris. Dan ini telah memudahkan usaha Inggeris untuk mengalahkan Naning.

Serangan kali kedua Inggeris ke atas Naning pada Februari 1832 itu telah berjaya mengalahkan Dol Said dan pengikutnya. Dol Said kehilangan ramai orang dan beliau terpaksa berundur ke Cherana Putih dan Gadek.
Dalam tempoh 4 bulan dari pengunduran, Dol Said dan orang orangnya tururlt melancarkan serangan serangan balas ke atas Inggeris. Akhirnya Naning jatuh ke tangan Inggeris secara rasmi pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.

Atas menghargai jasa Raja Ali (Yam Tuan Rembau) dan menantunya Sayyid Syaaban dalam mendedahkan kelemahan Naning dan tidak menghantar bantuan ke Naning ketika Inggeris melancarkan serangan keduanya, maka Gabenor Fullerton di Melaka telah menyerahkan sebuah kawasan di sebelah hujung Rembau bersempadan dengan Melaka iaitu Tampin kepada Raja Ali dan Sayyid Syaaban. Raja Ali telah melantik Sayyid Syaaban sebagai Yam Tuan Tampin yang akhirnya dikenali sebagai Tunku Besar Tampin sehingga sekarang. Dol Said dan saki baki orang orangnya terus diburu oleh Inggeris dan mereka digelar sebagai penderhaka kerana menentang arahan Inggeris agar membayar cukai di Melaka.

Dol Said akhirnya menyerah diri kepada Inggeris pada 16 Januari 1833 selepas hampir 7 bulan bersembunyi dari pemburuan Inggeris. Bagi menghormati kedudukannya sebagai bekas pemerintah Naning yang amat disanjungi oleh orang orang Naning, Inggeris akhirnya membebaskan Dol Said dan diberi pencen sebanyak 200 ringgit sebulan dan sebuah rumah dengan syarat sentiasa berkelakuan baik. Salah seorang orang kanan beliau yang turut sama berjuang menentang Inggeris iaitu Imam Kokah telah dihukum gantung di Melaka. Walaupun akhirnya Naning berjaya ditundukkan, namun Inggeris telah mengalami kerugian berjumlah £40 000 pound dan ia adalah kerugian terbesar Inggeris sejak mula menjajah Tanah Melayu. Dato Dol Said meninggal dunia pada tahun 1849 iaitu ketika mencapai umur 79 tahun. Jenazah beliau disemadikan di Masjid Mukim Taboh Naning.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.