Kampung Ketek Atau Kampung Tetek?

Baru-baru ini tular sekeping gambar di media sosial, berkenaan sebuah kampung di negeri MelakA, gambar yang tular itu memaparkan sebuah papan tanda kampung “tetek”. kampuang tetek yang dimaksudkan ialah kampung ketek, gambar yang berlegar di media sosial itu telah disunting oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan berniat tidak baik.

ketek1

Kampung Ketek mendapat namanya dipercayai melalui dua sebab iaitu kerana tanahnya itu ketek dan ibarat memakai baju melayu kelihatan ketek. Kampung Ketek merupakan tanah wakaf yang dijual kepada orang-orang Cina. Kampung Ketek turut dikenali di kalangan pelancongan dengan nama Kampung Pali dan berhampiran dengan tokong bersejarah negeri iaitu Tokong Cheng Hoon Teng.

ketek2

Kampung Ketek merupakan salah satu kampung tertua yang ada semenjak zaman Belanda di Melaka. Sejarah ini boleh didapati di dalam transkrip dalam Bahasa Melayu lama yang ditulis oleh tokoh sastera Melayu yang terkenal pada abad ke-18, Yang kini dikenali sebagai “Bapa Kesusasteraan Melayu Modern” – Munsyi Abdullah. Di masa lalu, Kampung Ketek dipanggil Kampung Pali. Sekarang ia dikelilingi oleh rumah-rumah kedai lama dan terletak dengan strategik di zon warisan dunia UNESCO.

ketek3

Di kampung ini juga terdapat berberapa peninggalan sejarah yang besar kepada Negara khususnya Melaka. Munsyi Abdullah atau lebih dikenali sebagai Bapa Sastera Melayu Moden di lahirkan di kampung ini, sehingga kini rumah Munsyi Abdullah masih lagi tersergam kukuh di kampung ini. Selain daripada itu juga terdapat sebuah makam tokoh sasterawan dan pahlawan dari aceh, ketika zaman pemerintahan sultan iskandar muda iaitu Syekh Syamsuddin al Sumatrani.

Pada tahun 2009 Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) giat menjalankan kerja-kerja menaik taraf Kampung Ketek yang terletak dalam kawasan pelancongan. kerja-kerja menaik taraf Kampung Ketek sebagai kampung warisan telah siap sepenuhnya pada bulan Disember tahun yang sama. Projek dijalankan melalui peruntukan kewangan yang disalurkan melalui Majlis Tindakan Pelancongan negeri Melaka. Usaha menambah baik dan menaik taraf kampung ketek bertujuan membantu kerajaan negeri menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke negeri ini.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.