Hafiz Sanggup Ke Melaka Untuk Dapatkan Kuih Keria

Penyayi popular Hafiz Suip sanggup ke Melaka, semata-mata untuk mendapatkan kuih keria yang popular di Melaka, untuk isteri tercinta yang sedang hamil anak sulung mereka. Katanya lagi, isterinya mengidam untuk menikmati juadah tersebut, dan Hafiz Sanggup beratur panjang untuk mendapatkanya.

Hafiz berkata, dia mengetahui jantina anak sulungnya itu selepas melakukan pemeriksaan dua minggu lalu.

“Alhamdulillah, usia kandungan kini sudah lima bulan. Insya-Allah, saya bakal dikurniakan anak pertama lelaki.

“Pada mulanya saya tidak mahu mengetahui jantina anak. Bagaimanapun, ketika melakukan pemeriksaan saya dan isteri ternampak jantina anak kami,”katanya.

Hafiz turut berkongsi, dia memilih nama Mohamad Riyadh untuk bayi yang bakal dilahirkan nanti.

“Saya memilih nama ini kerana ia bermaksud taman bunga yang makmur. Saya juga bercadang untuk membuka akaun Instagram peribadi untuknya nanti,” katanya.

Hafiz yang terkenal menerusi lagu Awan Nano menzahirkan rasa syukur apabila isterinya tidak mengalami alahan teruk. Ketika isteri disahkan hamil, saya berasa mual dan berasa tidak sihat.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.