Catatan Kayuhan Solo Anak Perak Di Bumi Melaka (Bahagian 1)

Muhamad Naqiuddin Aizat Bin Jamaluddin akan lakukan kayuhan solo mengelilingi semenanjung Malaysia buat siri yang ke dua (siri pertama pada 2014). Untuk makluman anda Naqiuddin ini adalah anak kelahiran Kuala Kangsar. Cerita ini diambil dari kayuhan anak muda yang berjiwa besar didalam melengkapkan misinya mengelilingi Semenanjung, sempena ulang tahun Kemerdekaan Negara yang ke 60 tahun. Catatan ini berdasarkan pengalaman beliau membuat kayuhan solo di bumi Melaka. Beliau telah tiba di bumi Melaka selepas merentasi sempadan Port Dickson, Melaka pada hari ke sembilan kayuhannya.

kayuh1

Lokasi: Masjid Tanah, Melaka.

“Ape pengalaman yang kamu dah dapat?”

Aku tergamam, first time orang terus tanya berkenaan pengisian dalam hari hari kayuhan. Pakcik berkaca mata ni mengerti yang seorang pengembara harus ada pengisiannya sendiri dalam perjalanan yang dilalui.

kayuh2

Keadaan hujan yang biasa sebenarnya tak menganggu mood kayuhan, tapi setelah 2 jam setengah kayuhan tanpa henti dari Port Dickson aku mengambil keputusan untuk berehat sekejap di sebuah kedai makan. Jam di tangan tepat pukul 10 pagi.

“Pakcik ni dah umor 65 tahun dah, gigi dah tanggal semua. Tinggal 1 aje di depan.”

“Kamu pernah terfikir tak zaman dulu kala, orang tua tua mana belajar tinggi tinggi, kehidupan berkebun, cucuk tanam. Bina rumah dan kehidupan untuk anak anak, demi masa depan mereka.”

“Kadang kala ada sampai membaca dan menulis rumi pon tak reti, harapkan pandai baca jawi aje. Itupun sebab baca al-quran. Tapi bila dah cecah umo 90an, tiba tiba boleh baca sokhabar!”

“Ilmu tu sentiasa orang cari, bila dah berilmu kamu pastinya akan lebih cerdik. Bila dah cerdik mesti banyak duit. Tapi… pakcik pon heran lah.”

“Orang bila dah kaya mula taknak berkawan dengan orang. Takde siapa pon nak tanya-berapa duit kamu dah kompol skarang? Orang tua tua selalu tanya-anak kamu dah brapa skarang? Cucu kamu dah brapa?”

“Mak ayah tak boleh tetapkan apa yang anak anak nak jadi. Kadang kala kita dengar cerita mak ayah kerja bagus tapi anak menagih dadah. Siapa yang kita nak salahkan?”
Dari luar kedai nampak seorang haji lebai datang.

“Haji! Sapa yang kita patut salahkan?”

Haji duduk semeja lepas ambik nasik impit dan lauk yang ingin dimakankanya.

“Kita salahkan diri kita sendiri.” Kata haji.

“Diri kita sendiri yang salah. Kamu faham tak?”

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.