British Memusnahkan Kubu A’famosa Demi Mengekalkan Kekuasaan

Kubu A’Famosa merupakan sebuah kubu yang telah dibina oleh portugis setelah berjaya menakluki Melaka pada tahun 1511. Kubu ini merupakan kubu pertahanan yang terbaik sewaktu zaman itu, pelbagai kisah penentangan dilakukan oleh musuh-musuh Portugis namun di gagalkan oleh Kubu Pertahanan ini. Kubu ini juga pernah ditawan oleh Belanda, sebaik sahaja menewaskan portugis 14 Januari 1641. Selepas berjaya memenangi pertempuran dengan Portugis pihak Belanda terpaksa membaikpulih kubu ini, kerana mengalami kerosakan yang teruk.

musnah1

Lakaran Kubu A’Famosa Sewaktu Pemerintahan Portugis

Namun pada tahun 1795, pihak British berjaya menguasai Melaka tanpa sebarang pertempuran sekaligus kubu pertahanan yang utuh ini jatuh kepada pihak British. Pihak British berpendapat sekiranya kubu ini terus dipelihara bakal mengundang bahaya kepada pihaknya. Pada tahun 1807, Kota ‘A Famosa’ yang terletak di Bandar Hilir, Melaka telah mula dihancurkan atas arahan kerajaan Inggeris. Kota itu yang dibina oleh Portugis selepas tahun 1511, merupakan kubu pertahanan yang terkuat ketika itu.

Pemusnahan Kota A Famosa dilakukan sebagai langkah pertama Inggeris melemahkan pertahanan Melaka, setelah menguasai Melaka dari Kerajaan Belanda pada 1795 sehingga 31 Disember 1807. Hampir kesemua kubu, tembok-tembok, hospital besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletupkan dan diratakan. Cadangan pemusnahan kota itu telah dibuat oleh Mr.Robert Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang kepada kerajaan Inggeris di India.

musnah2

Antara Satu-Satunya Pintu Kubu Yang Masih Wujud Sehingga Kini

Beliau telah menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah dikecilkan. Malah beliau telah memberikan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak mampu membantu tentera sepoi dan pengecilan itu akan dapat membantu memajukan Pulau Pinang. Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Kota Famosa dimusnahkan dan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang.

Semasa kerja-kerja pemusnahan sedang dilakukan, Sir Stamford Raffles telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar. Di sini, beliau telah menulis surat kepada kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan. Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan Pulau Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirkannya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ.

musnah3

Kubu A’Famosa Diwartakan

Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota ‘A Famosa’ pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.