Asal Usul Nama Tangga Batu

Tangga Batu Melaka merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di dalam Daerah Melaka Tengah. Tangga Batu terletak di tengah-tengah perjalanan Jalan 5 antara Bandar Hilir (15.8km) dan Pekan Masjid Tanah (14.7km). Ia adalah sebuah pekan lama yang direntasi Sungai Udang. Tangga Batu mempunyai Kawasan Perindustriannya tersendiri dan sebahagian daripada Petronas Penapisan Melaka terletak di dalam pekan ini.

tangga1

Kampung Ghafar Baba, sebuah kampung yang dinamakan sempena nama salah seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia, terletak dalam Tangga Batu. Sungai Udang, Bukit Rambai, Paya Rumput, Pantai Kundur, Kelebang dan Tanjung Kling adalah antara pekan-pekan kecil di Melaka yang terletak berhampiran dengan Sungai Udang (Tangga Batu).

Terdapat beberapa fakta dan cerita yang berbeza berkenaan asal usul nama tangga batu ini, ada cerita yang menyatakan asal usul nama pekan yang unik ini berpunca daripada rumah tradisional Melaka yang kebanyakanya menghiasi pekan ini. Suktur tumah tradisional yang mempunyai tangga batu merupakan penyebab pekan kecil ini di gelar dengan tangga batu.

Namun terdapat fakta yang bercangah hasil temu bual kami bersama dengan Bekas Tok Sidang kawasan ini. Katanya menurut cerita orang dahulu, orang kampung membersihkan satu kawasan belukar di kawasan pekan ini lalu menemui sebuah batu yang tersusun seperti berbentuk tangga, sekaligus kawasan ini diberi nama sebagai tangga batu.

tangga2

Tiada sumber yang memberikan gambaran dengan jelas mengapa pekan tersebut dinamakan sedemikian. Namun, apa yang ketara adalah wujudnya banyak rumah-rumah tradisional Melaka yang bertangga batu. Walaupun rumahnya dibina dari papan, tangga yang menjadi tempat masuk ke rumah melalui serambi, diperbuat daripada batu. Tangga batu ini dihiasi dengan jubin pelbagai corak dengan warna-warna yang ceria dan pelbagai seolah-olah tuan rumah berkenaan amat mengalu-alukan kedatangan tetamunya.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.