Aroma Roti Canai Kayu Arang

Roti Canai Kayu Arang di Melaka memang terkenal. Tanya sahaja sesiapa di Melaka, mana tempat untuk pergi sarapan pagi, tentu ramai yang akan recommend gerai Roti Canai Kayu Arang ini. Tempat ini terletak sebelum simpang ke Bachang, iaitu simpang sebelum jambatan Melaka Sentral dan Tesco.

arang1

Walaupun harga kayu arang tinggi, mereka masih mengekalkan cara tradisional memasak roti canai di sini. Roti canai yang dimasak dengan menggunakan kayu arang sebagai bahan api lebih harum, lembut dan cukup menyelerakan. Rasanya unik juga. Antara roti canai yang terkenal di sini termasuk, Roti Nanchos – RM6, Roti Tampal Dangdut – RM2 dan Roti O’ – RM0.80.

arang2

Bahan-bahan yang diletak di dalam Roti Nanchos termasuk ayam, 2 jenis cheese, bawang, capsicum merah dan hijau, dan sayur kobis ungu. Roti ini sedap dan agak seimbang kerana ada ayam dan sayur. Jika anda minat roti nanchos ini, kenalah tunggu sebab selepas roti ini digoreng, ia dimasukkan ke dalam oven untuk habis masak.

arang3

Roti Tampal Dangdut pula, dua biji telur separuh masuk ditampal ke atas Roti O’. Nama ‘Dangdut’ tu kerana telur kuning itu boleh digoyang. Ia seakan-akan macam menari. Selain roti canai, banyak lagi makanan di sini. Nasi Lemak Kukus dengan telur goreng – RM2 mereka bagus juga. Bau nasi lemaknya harum. Sambalnya juga pedas.

arang4

Roti Canai Kayu Arang
Alamat: Jalan Bachang, Melaka
Tel: 016-6612434
Jam operasi: 7am hingga 12pm (Buka setiap hari kecuali hari pertama Hari Raya & Hari Raya Haji)
Waktu Puasa: 7pm hingga lewat.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.