1200 Binatang Tarikan Di Zoo Melaka

satu program percuma khas oleh orangmelaka.com

Untuk makluman pembaca setia orangmelaka.com, Zoo seluas 54 ekar di Ayer Keroh ini mempunyai lebih daripada 200 spesis berbeza yang berjumlah 1,200 binatang. Ditubuhkan pada 1963 bawah penjagaan kerajaan negeri melaka telah diswastakan di awal 2013, zoo ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri dengan menjadi zoo pertama di rantau ini yang mempamerkan Badak Sumbu Sumatra Gaur yang nadir dan terancam.

zoo1

Dengan keluasan 54 ekar zoo ini merupakan zoo yang kedua terbesar di Malaysia. Di bawah pengurusan baru Konsortium KKW Sdn Bhd pelbagai tranformasi dapat dilihat antaranya, konsep terbuka di pameran haiwan, meningkatkan program program pendidikan hidupan liar, pembiakan haiwan dan pemuliharaan dan membuat zoo untuk menjadi kawasan rekreasi.

zoo2

Zoo Melaka and Night Safari menyokong pemuliharaan, pendidikan, dan organisasi rekreasi khusus untuk pembiakan, perlindungan, dan pameran haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan habitatnya. Zoo Melaka & Night Safari adalah tempat untuk belajar dan berekreasi berkualiti tinggi, perkhidmatan dan hiburan samada untuk rakyat rakyat Malaysia mahupun warga asing.

zoo3

Zoo Melaka & Night Safari mengmalkan konsep terkini dalam industri zoo, iaitu “konsep terbuka”. Haiwan akan dipamerkan di dalam sangkar atau kandang yang besar, luas dan hijau bukan lagi dalam sangkar kandang ketinggalan zaman. Pelbagai tarikan yang disediakan di zoo ini, antaranya pertunjukan haiwan dan pengujung akan dapat melihat berberapa spesis haiwan yang terancam yang di pamerkan di zoo ini.

Waktu Lawatan
Zoo Siang
Setiap hari dari jam 9:00-06:00 (jualan tiket terakhir pada pukul 5.30 petang)

Night Safari
Jumaat & Sabtu malam, malam sebelum cuti umum dan cuti sekolah 20:00-11:00 (Jualan tiket terakhir pada 10:30 pm)

zoo4

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangmelaka.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.